Tuesday, June 15, 2010




Gambar : Andrey Arshavin dengan Kit (away) musim baru Arsenal.

Monday, June 14, 2010


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Belanda (Holland) yang menang 2-0 keatas Denmark semalam. Gol pertama pasukan Belanda dihadiahkan oleh pemain pertahanan Denmark (Poulsen) setelah dia menanduk bola dan terkena belakang badan rakan senegaranya (Agger) lalu masuk ke gawangnya sendiri. Gol kedua dijaringkan oleh penyerang pasukan Liverpool (Dirk Kuyt) ketika perlawanan berbaki kurang 10 minit.

Bercakap pula tentang kelab gergasi dari Sepanyol (Barcelona), yang tidak pernah putus asa untuk mendapatkan kembali pemain yang tidak dihargainya 7 tahun lalu iaitu ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas. Cerita tentang pemindahan pemain muda yang berbakat ini sudah berlegar-legar diruang udara media antarabangsa lebih 2 bulan lalu. Pasukan Barcelona sudah membuat tawaran rasmi sebanyak 30 juta (euro) untuk mendapatkan ketua pasukan gergasi utara London itu, tetapi malang ianya ditolak sama sekali.

Pengurus pasukan Arsenal (Arsene Wenger) sudah menyatakan yang Arsenal tidak berminat untuk menjual pemain perancangnya itu lebih-lebih lagi beliau mempunyai kontrak sehingga 2015. Fabregas yang kini berumur 23 tahun memulakan kariernya dengan pasukan Arsenal semenjak umurnya 16 tahun. Ketua pasukan Arsenal itu kini lebih memberi perhatian dan fokus kepada pasukan negaranya bagi menghadapi Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan. Apa yang menjadi kerisauan saya ketika ini ialah pasukan Sepanyol majoriti terdiri daripada kelab Barcelona yang mungkin cuba untuk 'memancing' Fabregas untuk pulang ke kelab yang ditinggalkan setelah sekian lama. Pemain perancang Barcelona Xavi Hernandez (Xavi) sudah beberapa kali muncul di media dan menyatakan Fabregas mempunyai 'darah' Barcelona dan perlu pulang ke kelab asalnya itu. Barelona menyatakan akan menyambut kehadiran ketua pasukan Arsenal itu dengan meriah dan menjanjikan kesebelasan utama jika Fabregas kembali ke Barcelona.

Musim 2009/2010 adalah musim yang terbaik buat Fabregas. Dia telah menggerakkan, mengetuai pasukannya itu dengan penuh cemerlang. Tidak diragui yang dia adalah antara pemain perancang terbaik dunia kerana usianya yang masih muda. Fabregas juga pernah menyatakan dia mungkin akan kembali ke kelab asalnya itu satu hari nanti. Sebagai penyokong kelab Arsenal, saya benar-benar sedih jika Fabregas meninggalkan Arsenal. Barcelona yang seperti tidak ada akal dengan sesuka hati ingin membawa Fabregas kembali ke kelab pasukan Sepanyol itu tanpa memikirkan Fabregas adalah pemain yang penting buat Arsenal.

Apa yang kelakarnya disini, Barcelona tidak ingin mengeluarkan belanja yang lebih untuk perpindahan pemain 'idaman'nya itu. Memang bodoh untuk didengari apabila Barcelona menyatakan 'rate' untuk Fabregas hanya sekitar 30-35 juta (euro) sahaja! Tolongla Barca, Fabregas ialah pemain bertaraf dunia dan usianya baru sahaja 23 tahun! Sekurang-kuranya 'rate' untuk Fabregas adalah disekitar 60-70 juta (euro)! Saya meminati corak permainan pasukan Barcelona yang hampir sama dengan pasukan Arsenal. Sejak berita ini didedahkan di media, saya tidak lagi suka untuk melihat pasukan Barcelona bermain. Mendengar nama sahaja pun saya sudah benci! Cuba bayangkan jika ada pasukan yang ingin membeli Messi dengan harga 30 juta (euro), apakah perasaan penyokong Barcelona?

Kepada penyokong Arsenal, marilah kita sama-sama berdoa agar Fabregas masih akan menyarung jersi dan meneruskan tugasnya sebagai kapten (c) pasukan Arsenal pada musim depan. Amin ;)

Sunday, June 13, 2010

IQbal M


"Saiborg atau manusia, Saiborg atau manusia", antara lirik didalam lagu dari album terbaru dari IQbal M. Secara peribadi, saya sangat meminati lagu ini kerana musik dan liriknya mempunyai karakter tersendiri yang sangat berbeza dari apa yang telah telinga saya dengari selama ini. Bermula dengan secubit musik dari barat, IQbal M atau nama sebenarnya Muhammad IQbal bin Othman memulakan karier seni yang diminati-nya sejak dari bangku sekolah lagi dengan menubuhkan sebuah band yang diberi nama Limited Garden (2003). Dengan menghasilkan sebuah demo yang diberi nama Bank Negara Malaysia, IQbal M dan ahli kumpulan-nya mula bermain di gig-gig di sekitar ibu kota. Pada akhir tahun 2007, IQbal M menukarkan nama bandnya kepada Elektrikretro.

Dengan minat yang sangat-sangat mendalam dalam tentang musik, IQbal M meneruskan pelajaran di salah sebuah Universiti tanah air di-dalam diploma aliran musik. Setelah 3 tahun menimba ilmu, kini IQbal M mampu menghasilkan musiknya yang tersendiri tanpa pengaruh musik dari barat yang pernah digunakan-nya kurang sedekad lalu. Ini ditonjolkan melalui album baru IQbal M yang diberi tajuk "Tembak Tepat" yang besandar-kan genre musik post-rock/bebas.

"Cubalah awak semua sogok dengan jawatan tinggi, perempuan yang seksi beserta makanan bertaraf 5 bintang, namun awak tak akan berdaya menjual otak musik saya". IQbal M.

Terdapat 5 buah lagu didalam album "Tembak Tepat" ini. Antara lagu-lagunya ialah Tembak Tepat (Kenaikan), Tembak Tepat (Kejatuhan), Patah Balik, Mati Eksperimental dan lagu kegemaran saya Harap-Harap Okay. Jujur saya katakan, saya sangat berpuas hati dengan album "Tembak Tepat" ini. Tidak percaya? Anda boleh mendapatkan album ini dan biarkan gegendang telinga anda sendiri menilai kualiti musik dan lirik yang dihasilkan oleh IQbal M. Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh melawati laman web IQbal M di facebook search/carian "IQbal M." Sekian ;)

Saturday, June 12, 2010

Pak Padir Moden

Semenjak kecil, kita disajikan dengan kisah-kisah dongeng ber-intikan pengajaran seperti Pak Pandir, kisah buaya dengan rusa, si kura-kura dengan arnab dan banyak lagi. Kisah Pak Pandir adalah kisah yang paling saya gemari dan kisah ini jugalah menjadi punca saya menulis artikel ini. Tak perlulah saya terangkan lagi kebodohan insan yang bernama Pak Pandir ini. Kita semua tahu yang kebodohan dan kelembapannya sangat melampau sebagai seorang manusia.

Akan tetapi, saya juga merasakan bahawa kebodohan itu bukan setakat ada pada diri Pak Pandir, bahkan ada juga pada remaja-remaja di negara ini pada zaman sekarang. Pak Pandir bodoh kerana itu adalah sifat semula-jadinya. Tidak seperti segelintir remaja-remaja dinegara kita ini, sudah tahu benda itu salah dan terlarang, tetapi masih juga mahu melakukannya. Sebagai contoh, pengambilan dadah seperti ecstacy, kokain dan seks bebas. Bukannya tidak dihebahkan atau diberitahu tentang bahaya dan kesannya, tetapi remaja-remaja ini masih tidak takut tentang bahayanya seakan-akan mempunyai 9 nyawa seperti seekor kucing! Dari apa yang saya dengar dan saya dapat melalui internet, tujuan remaja-remaja yang mengambil dadah ini adalah kerana ingin mendapatkan keseronokan, rasa puas yang melampau tanpa memikirkan kesan-kesan atau akibat pengambilan dadah itu seperti yang mereka sendiri ketahui. Ingin saya kongsikan serba sedikit kesan buruk pengambilan dadah ini.

Kesan pengambilan ecstacy :- mati kerana kegagalan sistem pernafasan, sawan, rasa murung dan bimbang, pertuturan sukar difahami, kekacauan emosi, kecenderungan untuk membunuh diri.

Mungkin mereka tidak tahu bahawa keseronokkan yang mereka perolehi itu ialah palsu semata mata. Ini adalah kerana kesan daripada pil dan bahan-bahan terlarang itu yang mengawal fungsi otak dan saraf mereka untuk menjadi gembira dan sangat seronok. Keseronokkan yang melampau ini juga menyebabkan berlakunya seks bebas dan ini menyebabkan kes atau gejala buang bayi semakin meningkat di negara ini. Saya tinggalkan anda disini untuk memikirkan apakah punca semua ini berlaku.

Pada pendapat anda, Pak Pandir atau remaja- remaja ini yang bodoh? Renung-renungkan dan selamat beramal! ;)

 

blogger templates | Make Money Online