Monday, June 14, 2010

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Belanda (Holland) yang menang 2-0 keatas Denmark semalam. Gol pertama pasukan Belanda dihadiahkan oleh pemain pertahanan Denmark (Poulsen) setelah dia menanduk bola dan terkena belakang badan rakan senegaranya (Agger) lalu masuk ke gawangnya sendiri. Gol kedua dijaringkan oleh penyerang pasukan Liverpool (Dirk Kuyt) ketika perlawanan berbaki kurang 10 minit.
Bercakap pula tentang kelab gergasi dari Sepanyol (Barcelona), yang tidak pernah putus asa untuk mendapatkan kembali pemain yang tidak dihargainya 7 tahun lalu iaitu ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas. Cerita tentang pemindahan pemain muda yang berbakat ini sudah berlegar-legar diruang udara media antarabangsa lebih 2 bulan lalu. Pasukan Barcelona sudah membuat tawaran rasmi sebanyak 30 juta (euro) untuk mendapatkan ketua pasukan gergasi utara London itu, tetapi malang ianya ditolak sama sekali.
Pengurus pasukan Arsenal (Arsene Wenger) sudah menyatakan yang Arsenal tidak berminat untuk menjual pemain perancangnya itu lebih-lebih lagi beliau mempunyai kontrak sehingga 2015. Fabregas yang kini berumur 23 tahun memulakan kariernya dengan pasukan Arsenal semenjak umurnya 16 tahun. Ketua pasukan Arsenal itu kini lebih memberi perhatian dan fokus kepada pasukan negaranya bagi menghadapi Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan. Apa yang menjadi kerisauan saya ketika ini ialah pasukan Sepanyol majoriti terdiri daripada kelab Barcelona yang mungkin cuba untuk 'memancing' Fabregas untuk pulang ke kelab yang ditinggalkan setelah sekian lama. Pemain perancang Barcelona Xavi Hernandez (Xavi) sudah beberapa kali muncul di media dan menyatakan Fabregas mempunyai 'darah' Barcelona dan perlu pulang ke kelab asalnya itu. Barelona menyatakan akan menyambut kehadiran ketua pasukan Arsenal itu dengan meriah dan menjanjikan kesebelasan utama jika Fabregas kembali ke Barcelona.
Musim 2009/2010 adalah musim yang terbaik buat Fabregas. Dia telah menggerakkan, mengetuai pasukannya itu dengan penuh cemerlang. Tidak diragui yang dia adalah antara pemain perancang terbaik dunia kerana usianya yang masih muda. Fabregas juga pernah menyatakan dia mungkin akan kembali ke kelab asalnya itu satu hari nanti. Sebagai penyokong kelab Arsenal, saya benar-benar sedih jika Fabregas meninggalkan Arsenal. Barcelona yang seperti tidak ada akal dengan sesuka hati ingin membawa Fabregas kembali ke kelab pasukan Sepanyol itu tanpa memikirkan Fabregas adalah pemain yang penting buat Arsenal.
Apa yang kelakarnya disini, Barcelona tidak ingin mengeluarkan belanja yang lebih untuk perpindahan pemain 'idaman'nya itu. Memang bodoh untuk didengari apabila Barcelona menyatakan 'rate' untuk Fabregas hanya sekitar 30-35 juta (euro) sahaja! Tolongla Barca, Fabregas ialah pemain bertaraf dunia dan usianya baru sahaja 23 tahun! Sekurang-kuranya 'rate' untuk Fabregas adalah disekitar 60-70 juta (euro)! Saya meminati corak permainan pasukan Barcelona yang hampir sama dengan pasukan Arsenal. Sejak berita ini didedahkan di media, saya tidak lagi suka untuk melihat pasukan Barcelona bermain. Mendengar nama sahaja pun saya sudah benci! Cuba bayangkan jika ada pasukan yang ingin membeli Messi dengan harga 30 juta (euro), apakah perasaan penyokong Barcelona?
Kepada penyokong Arsenal, marilah kita sama-sama berdoa agar Fabregas masih akan menyarung jersi dan meneruskan tugasnya sebagai kapten (c) pasukan Arsenal pada musim depan. Amin ;)

0 comments:
Post a Comment